Arigatou
Khamis, 1 Julai 2021
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
Selasa, 29 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)
Assalamualaikum dan hai semua ✌ππ
Hai semua, apa khabar? sihat? Saya harap rakan-rakan semua sihat sejahtera ya... Jangan stress InshaAllah suatu hari nanti bumi kita akan kembali sihat. Amin. Hari ini kami telah diminta untuk memposting sesuatu di Instagram iaitu bertemakan 'sepi'. Ha... semua orang pasti pernah mengalami rasa sepi, suasana sepi ( waktu-waktu pkp ni), dan sebagainya kan? Saya pun pernah tetiba duduk seorang diri rasa sepi sangat-sangat dan sunyi. Sebenarnya kan, tema 'sepi' ni tetiba rasa sedih π’ sebab ini jugak merupakan tugasan terakhir untuk kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Sedihnya. Okay, jomlah tengok screen capture dan posting daripada saya dan lima orang rakan yang lain okay✌
Ini gambar 'sepi' dari saya, walaupun gambar tu mingkin ada yang cakap eh... macam tak kena ja.. Tapi tidak pada saya , sebab tengok ja gambar PSJ hilang sikit rasa sepi hehe... Dah jangan dok rasa 'sepi' sorang-sorang okehπ
Akhir sekali 'stay safe and healhty' semua ✌ππ
Isnin, 28 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Assalamualaikum dan Hai semua ✌ππ
Semua tahu tak apa tu resensi buku? Haa... mesti ada yang tak tahu kan?, samalah dengan saya. Pada mualanya Prof. Dr Normaliza cakap suruh buat resendi buku untuk buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Jadi, saya pun google apa maksud resensi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, resensi merupakan pertimbangan atau pembicaraan mengenai buku dan sebagainya atau juga boleh dipanggil sebagai ulasan buku. Selain itu, untuk bahasa zaman sekarang ni macam mereview buku, ya macam itulah maksudnya.
Jadi, tugasan video untuk minggu 14 yang juga boleh dikatakan macam video terkahirlah untuk semester kali ini iaitu melakukan satu resensi buku. Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mempunyai 7 bab di dalamnya dan sangat mudah untuk difahami. Jadi, jomlah tengok video yang telah dihasilkan oleh saya.Semoga vodei yang telah dihasilkan dapat memberi manfaat kepada kamu semua.
Link : https://www.youtube.com/watch?v=OavduWsVFQI&t=7s
Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr Normaliza Abd Rahim di atas segala ilmu yang telah diberikan kepada kami semua. Terima kasih juga kepada pembaca setia saya hihiks yang selalu membaca setiap update blog yang saya lakukan yah.
Ini adalah merupakan blog pertama saya dan akan dikenang selamanya~
Kehadiran Minggu 14
#LoveDiez
#DiezTerbaikDaebakππ
BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan Hai semua ✌ππ
Baiklah, untuk pengetahuan semua tugasan minggu 14 adalah kami dikehendaki menghasilkan satu video iaitu video temu bual. Haa... dengar pun woww menariknya. video temu bual kali ini saya telah menjemput seorang tetamu yang sangat teristimewa dan merangkap my bestie gitulah, sebab kami dah berkawan dari tadika lagi sampailah sekarang hihi. Tapi, sebelum tu, mesti semua nak tahu kan? apa itu video temu bual? macam mana nak record video temu bual?
video temu bual ni dirakam bertujuan untuk temu bual yang formal. kedudukan kamera berada dihadapan orang yang akan ditemu bual dan orang yang bertanyakan soalan berada di sebelah kamera. Selain itu, video temu bual ini juga boleh dilakukan bersama-sama, maksudnya dalam video terdapat orang yang ditemu bual dan individu yang bertanyakan soalan. Haa... semua dah faham kan?
Oh.. ya... tujuan saya menemu bual kawan baik saya sendiri adalah kerana saya hendak kawan baik saya berkongsi dengan saya dan juga semua tentang bagaimana kawan saya tu boleh mengurangkan berat badan dalam tempoh pkp ni. Haa... saya pun nak tahu cara kawan saya tu berdiet hihi. Memang sangat ketaralah berat yang kawan saya dah kurangkan kan dan sekarang semakin cantik, serius wehh.. Eh.. tunggu apa lagi kan? jomlah kita tengok video temu bual yang telah dihasilkan.
Link : https://www.youtube.com/watch?v=HgVXCZII_bo&t=17s
Serius weh, saya pun rasa agak cemburu dengan kawan saya tu (doakan saya juga untuk berjaya menurunkan berat badan yah,) tapi saya sangat banggalah dengan kejayaannya. Baiklah semoga perkongsian yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan semoga berjaya untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan yah. Jangan mudah putus asa, fighthing yeorobun ✌ππ
Kehadiran Minggu 14
Rabu, 23 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)
Assalamualaikum dan Hai semua. ✌π
Sumpah tak percaya dah masuk minggu 13 dah π’ cepatnya masa berlalu. Baiklah seperti biasa kami dikehendaki memuat naik posting tapi untuk minggu 13 ni temanya adalah suasana. Haaa... dengar perkataan suasana ni banyak yang terlintas dalam fikiran tentang suasana yang pernah kita lalui. Suasana waktu senja, suasana hujan, bersama keluarga, suasana raya dan susasana sebelum covid-19 yang tersangatlah indah. Walau bagaimanapun, suasana sekarang juga indah walaupun berlainan kan? Jadi, untuk tema suasana ni saya memuat naik gambar suasana sewaktu hujan iaitu pada hari ini di waktu pagi, sangat sejuk dan pastinya berasa malas nak bangun hihi. Tapi saya gagahkan diri untuk mengambil gambar hujan di pagi hari yang sangat lebat dan bertemankan kopi'o' hihi. Okay jomlah tengok posting saya dan rakan-rakan yang lain.
Gambar suasana ( sendiri )
Gambar suasana oleh rakan-rakan dan komen
Terima kasih semua.
BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI
Rancangan Sembang Tamu : Misteri Kopi
Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Assalamualaikum dan Hai semua ✌ππ
Pejam celik, pejam celik sekarang dah minggu 13 dah, cepatnya masa berlalu kan? Saya harap kamu semua sihat hendaknya. Haaa... dah tengok ke belum video yang saya lampirkan dekat atas? Kalau belum tengok, tak pa saya akan ceritakan sedikit ringkasan daripada video Rancangan Sembang Tamu : Misteri Kopi di atas. Wahhhh... sekali imbas tajuk pun lain macam bukan. Tajuk memang lain daripada yang lain tetapi perbincangan ni sangat menarik dan tidak berat, santai-santai jaa... haa gitew. Baiklah, seperti biasa Rancangan Sembang Tamu dalam video di atas di hoskan oleh Encik Rafiq dan tetamunya kali ini untuk membincang tentang topik Misteri Kopi adalah Dr. Siti Nur Aliaa Binti Roslan. Saya sangat suka apabila Dr. Siti Nur Aliaa bercakap rasa tenang jaa dengar. Beliau boleh dikatakan pengemar kopi kerana sangat suka minum kopi. Dr Aliaa Roslan juga memberitahu nama-nama kopi yang beliau suka ( kalau nak tahu tengoklah video tu ye~). Beliau juga menceritakan kedai-kedai kopi yang beliau kunjungi di luar negara seperti Korea dan sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa kedai-kedai kopi di Korea sangat bersih dan kemas walaupun berada di kawasan yang terpencil. Menariknya. Sebenarnya saya bukanlah pengemar kopi, tapi apabila mendengar cerita Dr Aliaa Roslan rasa suka tu tiba-tiba hadir giteww.
Nama kopi kegemaran saya iaitu kopi'o' cicah dengan biskut hupseng perhhh sedap
Saya jarang pergi kedai kopi jadi yang saya tahu dekat Macdonalds jelah hihi
Inilah ada soalan yang saya tanyakan
Terima kasih semua kerana sudi membaca yah✌ππ
Khamis, 17 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN (INSTAGRAM)
Assalamualaikum, Hai semua ✌ππ
Setiap manusia dan kehidupan mempunyai keindahannya yang tersendiri dan tidak ternilai. Setiap apa yang dimiliki sangatlah indah. Oleh itu, minggu ini kami dikehendaki untuk memuat naik satu posting yang bertemakan keindahan. Jadi, setiap apa yang terdapat di muka bumi ini sangatlah apabila dipandang dengan cara yang tersendiri. Jomlah tengok posting saya dan rakan-rakan mengenai keindahan.
Keindahan (Sendiri)
Yeorobun, indah bukan apa yang dimuat naik oleh saya dan rakan-rakan?
kehadiran Minggu 12
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah, saya doakan anda semua sihat sejahtera. Pertama sekali izinkan saya untuk mempe...
-
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. BAHAN UNTUK ASAS GRAFIK 1. ...
-
1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7...