RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan Hai semua ✌💛💜
Dekat sini siapa peminat cerita seram ataupun movie horror? Baik mengaku cepat~ Saya pun peminat cerita seram tau~ Tapi saya sangatlah penakut orangnya hehehehe....
Baiklah, berbalik kepada tujuan utama saya hari ini adalah nak beritahu semua bahawa minggu ini kami dikehendaki membuat satu video seram secara berkumpulan seperti biasalah. Ingat yee video seram. Terkejut jugaklah sebab kena buat video seram, hantu-hantu macam tu. Sebenar agak susah nak buat video waktu-waktu pandemik macam ni. Tapi itu semua bukanlah penghalang bagi kami semua untuk menyiapkan tugasan kali ini. Sebelum ni pun dah banyak dah video yang dilakukan walaupun semua duduk berasingan kan? hehe...
Kami berbincang dalam group whatsapp, berbincang tentang konsep atau tema video, bahagi tugasan masing-masing, masukkan scene yang nak dilakukan. Tujuannya untuk setiap orang berbeza scenenya ~ gitew~
Baiklah, dekat sini saya juga nak terangkan apakah maksud daripada scene yang saya lakukan dalam video seram tersebut. Sebenarnya dalam scene saya nak tunjukkan reaksi saya apabila saya berhadapan sendiri dengan situasi seram macam tu (moga dijauhkan), maksudnya saya menjerit tapi suara saya memang tak akan keluar sebab terlalu takut sangat-sangat dan mungkin nampak macam nak ketawa (tapi sebenarnya saya tak senyum tau mungkin riak wajah saya memang macam tu 😅). Sebab itulah saya menjerit macam tu, mungkin bagi sesetengah orang nampak agak kelakar tapi hakikatnya sangat takut ya. Oh ya untuk ahli kumpulan saya Diez, saya minta maaf 😢 tau sekiranya scene saya telah menyebabkan video seram Diez kalini nampak macam Komedi seram. Maaf ya Diez. Tapi bagi keseluruhanya video kami memang seram ya semua.
Baiklah itu sahaja perkongsian saya
Terima kasih semua
kehadiran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan