BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET-DIEZ
1.
Elemen : Kesesuaian
Tema
: Ketenangan
Rujukan : (2020). Instagram: 9gag. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/CIaCt0CHhsQ/?igshid=hwox8jfxlibu
Huraian : Gambar di atas
menunjukkan seorang kanak-kanak sedang meniup seruling di taman bunga.
Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat menghayati bunyi alunan seruling yang
dialunkan olehnya tanpa sebarang gangguan. Taman yang dipenuhi dengan bunga
berwarna merah dan ditambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa mewujudkan
suasana yang harmoni. Sesiapa yang melihat gambar tersebut dapat merasa
ketenangan kerana alam semula jadi tidak dapat dipisahkan dengan unsur
ketenangan.
2.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Sukan Dan Rekreasi
Rujukan : (2021), Diakses pada April
2, 2021, daripada Ms.morefit.eu
website:https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fimg.morefit.eu%2FFitness%2FTraining%2F454545784.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fms.morefit.eu%2Fkelebihan-berjoging-di-petang%2F&tbnid=XVJCeOWm7qsVJM&vet=12ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ..i&docid=iXCLt461Kb2kzM&w=630&h=420&q=GAMBAR%20ORANG%20BERJOGGING&ved=2ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ
Huraian :
Gambar tersebut menunjukkan wanita yang sedang berjoging di sebuah pantai.
Gambar tersebut dapat dikategorikan sebagai elemen kesesuaian kerana ia
bersesuaian dengan latar tempat pada ketika itu iaitu sebuah taman. Taman
merupakan tempat yang bersesuaian untuk beriadah dan melakukan pelbagai
aktiviti antaranya adalah dengan larian setempat ataupun jogging. Wanita
tersebut juga mengenakan pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
iaitu pakaian sukan. Latar masa yang digunakan juga bersesuaian dengan aktiviti
yang dilakukan iaitu pada waktu petang. Oleh itu dapat disimpulkan, gambar
berkenaan menepati elemen kesesuaian.
3.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pelajar
Rujukan : Internet. Google image. Diakses pada 2
April 2021, https://www.google.com/search?q=pelajar+universiti&tbm=isch&ved=2ahUKEwj3w5rk39_vAhUeG7cAHYsnBVQQ2-cCegQIABAA&oq=pelajar+universiti&gs_lcp=CgNpbWcQAzICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAOgQIIxAnOgQIABBDOgUIABCxAzoICAAQsQMQgwFQm0ZYxGxguW9oAHAAeAKAAe0EiAGFJJIBCzEuOC40LjEuMi4ymAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=HCdnYPfFDp623LUPi8-UoAU#imgrc=W-g4I3wVMIguVM
Huraian : Gambar di atas menunjukkan seorang
pelajar universiti perempuan sedang membaca buku di sebuah perpustakaan.
Pelajar tersebut yang memakai baju casual, membaca buku di meja dan suasana di
belakang menunjukkan rak-rak buku yang banyak, amat sesuai sekali situasinya.
4.
Elemen :
Kesesuaian
Tema :
Minuman
Rujukan :(2020). Diakses pada April 2, 2021, daripada Foodbusinessnews.net website: https://www.foodbusinessnews.net/ext/resources/2020/1/Starbucks2020Bevs_Lead.jpg?t=1578409533&width=1080
Huraian : Secara jujurnya, gambar di
atas sangat menarik dan berjaya memukau audiens dengan penggunaan warna yang
menarik. Namun gambar tersebut diletakkan di bawah elemen kesesuaian kerana
pemilihan warna dan gambar latar yang digunakan adalah bersesuaian dengan apa
yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, gambar pertama dengan latar berwarna
merah jambu berserta kacang membawa maksud air berperisa Almondmilk Honey Flat,
gambar kedua berperisa Coconutmilk Latte dan Oatmilk Honey Latte bagi gambar
ketiga. Jadi elemen kesesuaian merupakan elemen pemberat bagi gambar di atas.
5.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Keluarga
Rujukan :Internet, Redaksi. Diakses pada 30 April 2021
daripada
https://images.app.goo.gl/ZVuMVpQeaTmiqReB6
Huraian :Berdasarkan gambar di atas, sebuah keluarga sedang
berkelah di taman. Hal ini menunjukkan ibu bapa sibuk melayan kerenah anak-anak. Terdapat makanan yang dihidang dan
disertai barangan permainan seperti bola. Ini menunjukkan kesesuaian antara satu sama lain dalam gambar tersebut. Gambar
ini jelas menunjukkan kegembiraan sebuah keluarga yang dapat meluangkan masa
bersama pada waktu cuti.
6.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan (Orang)
Rujukan : Emma. (2019, October
9). Emma's Edition. Retrieved from HOW TO POSE AT A PUMPKIN PATCH: https://www.emmasedition.com/2019/10/how-to-pose-at-a-pumpkin-patch.html
Huraian : Gambar grafik yang dilampirkan
di atas menunjukkan tiga orang wanita di lading labu. Elemen-elemen dalam
gambar tersebut daripada watak sehingga latar kawasan saling melengkapi antara
satu dengan lain. Daripada gabungan elemen-elemen ini, audiens dapat memahami
mesej yang cuba disampaikan oleh penyunting.
7.
Elemen : Kesesuaian
Tema :
Makanan
Rujukan : Internet, Pinterest. Diakses
pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/723672233873486371/
Huraian :
Gambar di atas menunjukkan tentang makanan yang sering dibawa untuk berkelah.
Setiap bahan dalam gambar di atas seperti makanan dan bakul sangat bersesuaian
antara satu sama lain untuk menaikkan lagi semangat berkelah. Selain itu,
kedudukan makanan dan bakul sangat bersesuaian dengan latar tempat. Walau
bagaimanapun, dalam gambar di atas juga jelas menunjukkan bahawa suasana pada
waktu petang sangat sesuai untuk berkelah atau bersantai-santai.
8.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kegembiraan
Rujukan : Internet. Pinterest. Diakses
pada 1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/313633561551317601/
Huraian : Gambar di atas menerangkan
tentang tiga orang kanak-kanak sedang bermain di tepi pantai. Kanak-kanak
tersebut berlari dengan berkaki ayam sambil menunjukkan riak wajah yang
gembira. Langit yang cerah dan redup menunjukkan suasana waktu petang yang
mendamaikan. Suasana waktu petang yang mendamaikan itu jelas menyebabkan kanak
kanak tersebut sangat gembira bermain di tepi pantai.
9.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Alam sekitar
Rujukan : Limau, S. (26 Januari, 2017). 5 Sebab Aktiviti Berkebun Bagus
Untuk Kanak-Kanak. Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://siraplimau.com/5-sebab-aktiviti-berkebun-bagus-untuk-kanak-kanak/
Huraian : Gambar di atas menunjukkan
sebuah keluarga yang sedang berkebun di lama rumah
mereka. Seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan sedang diajar oleh
ibu bapa mereka tentang cara untuk berkebun. Hal ini kerana aktiviti berkebun
sangat bagus untuk kanak-kanak kerana mereka dapat belajar menghargai dan
menikmati hasil tanaman sendiri. Gambar ini jelas menunjukkan bahawa keluarga
tersebut berasa gembira dapat meluangkan masa melakukan aktiviti berkebun
bersama-sama.
10.
Elemen :
Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Rujukan : Bagiinfo. (2018). Diakses pada 2nd
April,2021. daripada https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=j2sug9%2fu&id=8FA39DF73F1C6817FBBCCE8B8ECC6F26213AC001&thid=OIP.j2sug9_uyqGwleVnRgk-GgHaEV&mediaurl=https%3a%2f%2fi0.wp.com%2fbagiinfo.com%2fwp-content%2fuploads%2f2016%2f09%2fgambar-pemandangan-pantai-dengan-penginapan-unik.jpg%3fresize%3d1037%252C607&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR8f6b2e83dfeecaa1b095e56746093e1a%3frik%3dAcA6ISZvzI6Lzg%26pid%3dImgRaw&exph=607&expw=1037&q=pemandangan+pantai&simid=607997803880728795&ck=86AC6C5DB5CDD06F9ABAB4AA5FAFA7DF&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0
Huraian : Gambar di atas menunjukkan
pemandangan di pantai dengan beberapa rumah di atas air. Air yang sangat biru dapat menenangkan jiwa.
Apabila rasa tertekan, tempat ini sangat sesuai untuk melepaskan tekanan.
Apabila balik dari percutian, sudah pasti tidak dapat dilupakan pemandangan
tersebut.
BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI-DIEZ
1.
Elemen :
Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Rujukan :
Gambar sendiri
Huraian :
Gambar di atas menunjukkan gambar pantai pada waktu malam. Gambar tersebut
diambil di Tanjung Lipat, Sabah. Pemandangan pada waktu malam sangat cantik.
Apabila menatap kembali gambar ini, saya akan berasa sangat tenang dan perasaan
ingin kembali lagi ke sana sangat
kuat.
2.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Alam semulajadi
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan
lima orang remaja perempuan yang berada di Bukit Ekspo, UPM pada waktu pagi.
Kelima-lima remaja perempuan tersebut sedang menikmati keindahan pancaran
cahaya matahari. Hal ini dapat dilihat pada wajah mereka semua yang berasa
gembira ketika menikmati sinaran matahari di waktu pagi. Gambar ini sesuai
dikatakan yang mereka berasa seronok kerana pergi ke Bukit Ekspo pada hari
tersebut dan keseronokan tersebut jelas terpancar di wajah mereka.
3.
Elemen :
Kesesuaian
Tema : Ketenangan
Rujuakn : Gambar sendiri
Huraian :
Gambar di atas merupakan gambar dua orang perempuan sedang berkelah di tepi
tasik. Terdapat perkelahan, makanan dan
minuman yang diletakkan di atas tikar kecil. Mereka sedang Menyusun makanan dan
minuman sebelum menikmati perkelahan mereka. Suasana yang redup menunjukkan
mereka duduk di bawah pokok yang rendang. Keadaan ini memberi ketenangan kepada
mereka untuk menikmati perkelahan tersebut.
4.
Elemen : Kesesuaian
Tema :
Gadis Melayu
Rujukan :
Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas jelas menunjukkan gambar
seorang gadis melayu yang anggun dan manis. Gambar gadis di atas yang
berlatarbelakangkan alam semula jadi dan suasana kampung sangat bersesuaian. Selain itu, sesiapa yang
memandang wajah gadis ini pasti akan berasa tenang dan selesa dengan mukanya
yang manis. Gadis di dalam gambar di atas juga mengenakan pakaian yang sesuai
iaitu baju kurung dan tudung yang sopan sesuai dengan perwatakannya.
5.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar
grafik yang dilampirkan di atas merupakan gambar menampakkan elemen kesesuaian.
Hal ini demikian kerana, daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa latar
tempat dan latar masanya mempunyai kaitan yang bersesuaian. Daripada gambar
tersebut, audiens faham bahawa penyunting cuba menyampaikan mesej mengenai
keadaan senja kawasan tersebut. Keadaan langit yang gelap dan dengan adanya
cahaya matahari sewaktu petang memberikan gambaran yang jelas kepada audiens
tentang keadaan tersebut.
6.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pendidikan
Rujukan : Gambar
sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan sekumpulan pelajar yang
lengkap berpakaian graduasi di sekolah. Ini menunjukkan mereka sedang menyambut
Hari Graduasi setelah
tamat pengajian di Tingkatan Enam. Kombinasi baju dan jambangan bunga
menunjukkan kesesuaian dengan hari tersebut. Tempat dan masa mempunyai latar
yang bersesuaian antara satu sama lain.
7.
Elemen :
Kesesuaian
Tema : Alam
semula jadi
Rujukan :
Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas jelas
menunjukkan elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini dikaitkan dengan tema yang
dibincangkan. Dengan latar belakang pokok nyior yang tinggi rampai dan banyak
dapat menunjukkan keindahan alam semula jadi serta memukau audiens yang melihat
gambar tersebut.
8.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pelajar
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan seorang
pelajar perempuan yang sedang berada di makmal komputer. Gambar ini juga
memfokuskan bahawa pelajar tersebut sedang tekun menelaah buku sambil jarinya
menaip ini pad kekunci komputer. Gambar ini jelas menunjukkan seorang pelajar
perempuan sedang tekun membuat kerjanya dan elemen kesesuaian dapat ditunjukkan
dalam gambar ini.
9.
Elemen :
Kesesuaian
Tema :
Kehidupan
Rujukan :
Gambar sendiri
Huraian :
Gambar tersebut menunjukkan seorang individu yang memakai pelitup muka. Hal ini
dikatakan demikian kerana dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19.
Bagi Langkah berjaga-jaga, individu tersebut telah memakai pelitup muka ketika
berada di lokasi tumpuan orang ramai. Hal ini telah menunjukkan bahawa aksi
atau tindakan individu tersebut adalah sesuai dengan latar tempat dan waktu.
10.
Elemen :
Kesesuaian
Tema :
Ketenangan
Rujukan : Gambar Sendiri
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan
orang ramai sedang duduk dan berbual sambil menikmati minum petang di sebuah
kafe. Gambar berkenaan merangkumi elemen kesesuaian. Hal ini demikian kerana
perbuatan minum kopi dan menikmati minum petang merupakan perbuatan yang bersesuaian
untuk dilakukan dalam situasi diatas. Di mana situasi tersebut melibatkan latar
tempat iaitu sebuah kafe yang merupakan tempat untuk bersantai dan menikmati
minuman serta makanan.
Carta Organisasasi
Elemen Kesesuaian
Ketua : Akma 203935
Penolong : Hidayah
203937
Editor : Hapizah
2033936
Penolong Editor 1 :
Nuradhlin 203308
Penolong Editor 2 :
Anis 203012
Penolong Editor 3 :
Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah
203943
AJK Multimedia : Hayati
203007
AJK Emel : Adreana
204113
AJK Semakan : Vivian
202967
Tiada ulasan:
Catat Ulasan