RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
PEMANDANGAN
Pemandangan merupakan asas fotografi yang memfokuskan keseluruhan gambar. Gambar pemandangan akan cantik dan Berjaya sekiranya menampakkan keseluruhan gambaran yang jelas. Gambar pemandangan lebih berfokus kepada pemandangan bukannya manusia.
PAPAN CERITA PEMANDANGAN
Gambar 1
Kredit : Aina
Huraian: Gambar pemandangan di atas diambil oleh Aina di Pulau Pinang, pada waktu petang. Pemandangan di atas sangat cantik dengan pengcahayaan petang yang indah. Selain itu, jelas kelihatan juga bot-bot atau sampan kepunyaan nelayan, jeti dan sungai.
Gambar 2
Huraian : Gambar pemandangan di atas merupakan pemandangan di Pantai atau lebih popular Pantai Bukit Putih Kuala Perlis. Pemandangan di atas diambil pada waktu tengahari yang sangat terik. Gambar di atas jelas kelihatan air laut, jalan, bukit dan pokok-pokok.
Gambar 3
Huraian : Gambar di atas
merupakan gambar pemandangan Masjid Al-Hussain yang terletak di Jeti Kuala
Perlis. Pemandangan Masjid Al-Hussain sangat cantik dan jelas. Gambar tersebut
diambil pada waktu petang.
Kehadiran |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan