Isnin, 28 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 

Assalamualaikum dan Hai semua ✌💛💜

Baiklah, untuk pengetahuan semua tugasan minggu 14 adalah kami dikehendaki menghasilkan satu video iaitu video temu bual. Haa... dengar pun woww menariknya. video temu bual kali ini saya telah menjemput seorang tetamu yang sangat teristimewa dan merangkap my bestie gitulah, sebab kami dah berkawan dari tadika lagi sampailah sekarang hihi. Tapi, sebelum tu, mesti semua nak tahu kan? apa itu video temu bual? macam mana nak record video temu bual? 

video temu bual ni dirakam bertujuan untuk temu bual yang formal. kedudukan kamera berada dihadapan orang yang akan ditemu bual dan orang yang bertanyakan soalan berada di sebelah kamera. Selain itu, video temu bual ini juga boleh dilakukan bersama-sama, maksudnya dalam video terdapat orang yang ditemu bual dan individu yang bertanyakan soalan. Haa... semua dah faham kan?

Oh.. ya... tujuan saya menemu bual kawan baik saya sendiri adalah kerana saya hendak kawan baik saya berkongsi dengan saya dan juga semua tentang bagaimana kawan saya tu boleh mengurangkan berat badan dalam tempoh pkp ni. Haa... saya pun nak tahu cara kawan saya tu berdiet hihi. Memang sangat ketaralah berat yang kawan saya dah kurangkan kan dan sekarang semakin cantik, serius wehh.. Eh..  tunggu apa lagi kan? jomlah kita tengok video temu bual yang telah dihasilkan.


Link : https://www.youtube.com/watch?v=HgVXCZII_bo&t=17s


Serius weh, saya pun rasa agak cemburu dengan kawan saya tu (doakan saya juga untuk berjaya menurunkan berat badan yah,) tapi saya sangat banggalah dengan kejayaannya. Baiklah semoga perkongsian yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan semoga berjaya untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan yah. Jangan mudah putus asa, fighthing yeorobun ✌💛💜



Kehadiran Minggu 14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...