Ahad, 23 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- ONE SHOT-DIEZ

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum dan hai semua ✌

Baiklah pada minggu ini kami diberikan tugasan, jeng jeng jeng tugasan kalini kami dikehendaki membuat video one shot. Yang menariknya lagi kami perlu melakukan one shot dengan menggunakan lagu-lagu Melayu. Lagu korea tak boleh ya...

Baiklah sebelum tu, apa maksud video one shot ya?
Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video, tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot pula terbahagi kepada 3 iaitu :

1. One shot one layer ( satu lapisan sahaja contohnya penyanyi sahaja tanpa ada lakonan tambahan )
2. One shot two layer ( mempunyai dua lapisan iaitu seorang penyanyi dan mempunyai lakonan )
3. One shot three layer ( mempunyai tiga lapisan iaitu penyanyi, lakonan dan lapisan pergerakan )

Ha... mesti semua dah tak senang duduk kan nak tengok video yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami iaitu Diez yang sangat terbaikkk lahh...

Berikut saya lampirkan video yang telah dihasilkan 

1. One Shot One Layer



Link : https://www.youtube.com/watch?v=xV_hjWk5anQ

Kami telah membahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan 1 iaitu Adreana, Hidayah dan Hayati telah menghasilkan video one shot one layer. Menarik bukan. seriuss... terbaik. Lagu ni sesuai sangatlah digunakan waktu-waktu sendu hehe... 

Okay... jom tengok video seterusnya 

2. One Shot Two Layer



Link : https://www.youtube.com/watch?v=BbloRVbeFRc 

Kumpulan 2 iaitu Akma, Anis dan Hapizah. Ingatkan Nabila Razali yang betul-betul dalam video. Sangat menarik video yang telah dihasilkan ni, daebak... Macam Akma yang betul-betul nyanyi lagu Peluang Kedua ni. 

Dan yang terakhir ni lah yang paling power, gempak dan daebak, daebak daebaklah 

3. One Shot Three Layer



Link : https://www.youtube.com/watch?v=mkdlxJe_hkA

Macam mana hebat bukan ?. Video ini dihasilkan oleh kumpulan 3 iaitu Alin, Afiah, Vivian dan Adilla. Terbaiklah. Pemilian lagu sangatlah menarik perhatian. 

Baiklah itu sahaja tugasan video minggu ini. Kumpulan Diez terbaiklah....✌💛

Hot like summer
Yeah, I'm makin' you sweat like that
Break it down

( eh... tiber lagu BUTTER ~BTS~💛💜  yang keluar ) itulah tandanya kumpulan Diez sangat hott...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...