Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Alhamdulillah, saya doakan anda semua sihat sejahtera. Pertama sekali izinkan saya untuk memperkenalkan diri. Nama saya Norhayati binti Jaafar bernombor matrik 203007. Untuk pengetahuan semua saya merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dalam jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Tahun ini saya berusia 22 tahun emm.. muda lagi hihi.
Saya dilahirkan di Terengganu tetapi dibesarkan di Perlis. Jadi, saya memang anak jati Perlis. Saya merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik. Saya juga seorang pelajar yang beshe-beshe (biasa-biasa) sahaja dari sekolah rendah sampailah di Universiti. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang pendidik tapi insha Allah, dengan izin Allah suatu hari nanti. Saya juga seperti remaja-remaja dan anak muda yang lain yang sangat meminati K-pop dan Kdrama ( Korean Drama ) hihi. Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan sahabat yang sangat baik. Ini paling penting, saya sangat sayangkan ahli keluarga saya walaupun saya tidak menunjukkan sikap sayang saya terhadap mereka hihi.
Oh! ya... ini adalah blog pertama saya. Saya sangat teruja kerana ini adalah post pertama saya walaupun sudah berumur 22 tahun ( masih belum terlambat ). Alhamdulillah.
Terima kasih kerana sudi membaca. Arigatou semua.
Norhayati Jaafar 203007 |
Hai Hayati
BalasPadamHai melati hahha
PadamSalam perkenalan ~
BalasPadamCantikkk laaaa
BalasPadam