RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.
PORTRAIT
Portrait
ialah gambar atau foto yang berfokus dalam jarak yang dekat. Gambar portrait
lebih jelas diambil di dalam studio kerana mempunyai lampu khas yang akan
membuatkan gambar lebih jelas dan cantik. Ramai orang sukakan teknik portrait.
Tumpuan gambar portrait biasanya adalah muka
seseorang, walaupun seluruh badan dan latar belakang atau konteksnya boleh
dimasukkan.
PAPAN CERITA PORTRAIT
Model : Chu`ya (anak jiran)
Huraian : Gambar di atas merupakan
gambar seorang budak perempuan yang memegang seekor kucing. Gambar diambil
menggunakan portrait dari leher ke atas. Gambar di atas diambil di hadapan
rumahnya
Gambar 2
Model : Najmi
Huraian : Gambar di atas merupakan
gambar seorang kanak-kanak lelaki. Gambar portrait yang diambil menunjukkan riak
wajah kanak-kanak tersebut yang terpaksa senyum kerana di suruh. Gambar tersebut
jelas kelihatan wajahnya.
Gambar 3
Model : Musfirah
Huraian : Gambar di atas merupakan
gambar seorang gadis yang diambil portrait dari leher ke atas. Gadis tersebut
cuba menunjukkan wajah garang dan jelas kelihatan. Gambar tersebut diambil pada
waktu petang.
2. PORTRAIT SEPARUH
Gambar 1
Model : Musfirah
Huraian : Gambar portrait separuh di
atas sangat jelas dan cantik. Gadis tersebut juga boleh diandaikan sedang
tersenyum manis walaupun memakai penutup mulut dan hidung. Gambar tersebut
diambil di jeti,Pulau Tuba, Langkawi Kedah.
Gambar 2
Model : Ain
Huraian : Gambar di atas juga diambil
di jeti Pulau Tuba, Langkawi Kedah. Gadis tersebut sangat comel dan cantik.
Gambar 3
Model : Azila, Zainab, Ain dan
Musfirah
Huraian : Gambar di atas juga diambil
di jeti Pulau Tuba, Langkawi Kedah dengan menggunakan kaedah portrait. Riak
wajah mereka jelas menunjukkan kegembiraan yang sangat semulajadi.
3. PORTRAIT PENUH
Gambar 1
Model : Najmi
Huraian : Gambar portrait penuh di atas
sangat cantik dan jelas. Riak wajah kanak-kanak lelaki tersebut juga sangat jelas
dan Nampak ikhlas. Gambar tersebut diambil di hadapan rumah.
Gambar 2
Model : Nizam ( abang kepada Najmi )
Huraian : Gambar di atas juga diambil di hadapan rumah pada waktu petang. Kanak-kanak lelaki tersebut hanya menunjukkan wajah bersahaja sewaktu gambarnya diambil.
Gambar 3
Huraian: Gambar di atas diambil pada
waktu petang semasa kanak-kanak lelaki tersebut sedang melihat kawan-kawannya
bermain guli. Gambar di atas diambil secara rawak, dan jelas kelihatan
kanak-kanak tetrsebut sedang menikmati ice pop.
![]() |
Kehadiran |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan