Ahad, 30 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS-DIEZ

 RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum dan Hai semua ✌💛💜

Selepas dah siap video seram, kami juga perlu menyiapkan satu video untuk tragedi dan satu video fokus. Tetapi kumpulan kami menyiapkan video fokus dahulu. Sebenarnya terdapat banyak asas-asas dalam videografi yaa...

Mesti semua nak tahu kan apa maksud video fokus? Oh ya! video fokus juga dipanggil sebagai video tanpa wajah. Video fokus ialah video yang merujuk kepada memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan seseorang. Video fokus juga mempunyai jalan cerita yang akan membuatkan penonton berfikir. Video Fokus sangat penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan. Jadi, itulah maksud video fokus ya....

Oh ya ! nak bagi semua orang fahamkan lagi maksud video fokus, saya akan lampirkan video yang telah dihasilkan oleh kumpulan Diez ya. Sebelum saya terlupa hehe... Anis iaitu salah seorang daripada ahli kumpulan Diez merupakan watak utama dalam video fokus ini dan fokus dalam video ini jugalah duit iaitu RM 50  dan turut dibantu oleh kawan-kawan Anis. 


link : https://www.youtube.com/watch?v=jaazFg7z5Rg&t=10s

Macam mana? menarik bukan ? Jalan cerita yang hendak disampaikan sangat terbaiklah. Saya sangat sedih, kerana teringat ibu dan ayah saya yang sangat berkerja keras dalam membesarkan kami sekeluarga, sudah tibalah masanya kita sebagai anak menjaga ibu dan ayah kita dengan baik dan menyayangi mereka seperti mereka menyayangi kita semua ya.


Kehadiran


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...