Khamis, 8 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 

CELIK BAHASA ISYARAT



KREDIT : Dewan Bahasa dan Pustaka

LINK : https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24 


    Video di atas merupakan video perkongsian iaitu Rancangan Sembang Tamu : Celik Bahasa Isyarat yang disampaikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Beliau menekankan bahawa Bahasa isyarat sangat penting bukan sahaja untuk orang yang istimewa tetapi penting untuk semua. Bahasa isyarat perlu digunakan dan dipelajari untuk meningkatkan komunikasi harian kita. Beliau juga memberitahu bahawa hanya mempelajari Bahasa isyarat dalam tempoh masa dua bulan sahaja melalui aplikasi Twitter, walaupun bermula pada usia 65 tahun bukanlah menjadi penghalang buat beliau. Hal ini sangat memberi inspirasi kepada kami semua. Beliau juga menekankan bahawa semua rakyat Malaysia perlu mempelajari bahasa isyarat walaupun perkara-perkara asas sahaja. Prof Dr Normaliza Abd Rahim juga mengatakan bahawa mempelajari bahasa isyarat terbahagi kepada tiga keadaan iaitu belajar kerana minat, keperluan dan kemestian. Beliau juga mencabar anak-anaknya untuk mempelajari bahasa isyarat. Beliau juga banyak berkongsi kelebihan-kelebihan yang kita miliki sekiranya belajar bahasa isyarat. Selain itu, Prof Dr Normaliza Abd Rahim juga berkongsi cara beliau untuk kekal konsisten dalam mempelajari bahasa isyarat. Oleh itu, bahasa isyarat sangat istimewa untuk dipelajari dan kita akan mendapat satu kepuasan apabila boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.



Norhayati Jaafar ( kehadiran )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...