Rabu, 21 April 2021

BBM3410-2021- MINGGU 5- FLATLAY

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Hai Assalamualaikum semua, yeorobun semoga sihat sahaja hendaknya … Minggu kelima kuliah kalini kami telah mempelajari satu lagi asas fotografi iaitu Teknik Flatlay. Sebelum ni takt ahu pulak terdapat banyak asas-asas fotografi yang ada dan boleh dipelajari oleh kita semua. Oh ya… hurmmm apa maksud flatlay ya?

Flatlay merupakan cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Teknik flatlay menjadikan gambar yang diambil lebih cantik dan menarik perhatian. Oh ya… Teknik flatlay ni selalu digunakan oleh peniaga-peniaga online untuk mempromosikan barang mereka. Oh sebelum saya terlupa Teknik flatlay pula terbahagi kepada 4 jenis iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay . wow….

1. Flatlay merupakan Teknik fotografi yang kedudukan kameranya berada pada 90°dari barang. Gambar atau foto diambil dari atas barang. Teknik inilah yang selalu digunakan untuk mengambil gambar barang atau makanan. Gambar yang diambil akan lebih berstyle.

2. Half Flatlay  pula, kedudukan kamera 45° dari barang atau item. Gambar kelihatan diambil dari sisi atas. Teknik ini juga selalu digunakan yah…

3. Quarter Flatlay pula, kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5° daripada barang atau item. Kamera perlu lebih rendah daripada Teknik half flatlay tadi.

4. Zero Flatlaykedudukan kamera adalah 0° atau kamera betul-betul diletakkan di atas meja atau lantai. Teknik ini sesuai untuk gambar barang atau item.



Tapi jangan risau semua yah... sekiranya masih kurang jelas lagi saya sertakan juga video yang telah saya hasilkan dengan menggunakan teknik- teknik flatlay tersebut. Oh ya... gambar tersebut saya sendiri yang ambil yaa... hehe. Selamat menikmati video saya yaa... dan semoga bermanfaat kepada semua.



Link : https://www.youtube.com/watch?v=iHP8t8VwaD0


Untuk pengetahuan semua, video di atas telah saya bahagikan kepada empat bahagian iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Jumlah setiap satu flatlay adalah 10 iaitu 5 makanan dan 5 barang, hurmm… campur semua 40 gambar perhhh…. Banyak betul hehe… Saya harap video yang saya hasilkan dapat membantu semua… Oh ya! Happy iftar semua dan perbanyakan amalan di bulan yang mulia ini . Amin

 

Arigatou…






Bukti kehadiran


1.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...