ELEMEN ASAS GRAFIK
Terdapat lima jenis
elemen asas grafik iaitu:
Elemen |
Huraian |
Mudah |
·
Elemen mudah ini bermaksud gambar atau grafik
tersebut jelas dan mudah difahami oleh seseorang. Gambar mudah juga hanya
memfokuskan kepada satu benda sahaja dan sangat ringkas. ·
Contohnya : Gambar seekor kucing sedang tidur dan
apabila seseorang melihat gambar tersebut akan mudah memahami gambar tersebut
hanya memfokuskan kepada kucing sahaja. |
Warna |
·
Pemilihan warna
yang sesuai dengan tema grafik akan mencantikkan lagi grafik. Pemilihan warna
terhadap grafik tidak sepatutnya lebih daripada tiga warna. |
Teks |
·
Teks adalah dari jenis dan saiz font yang
dipilih dan dimasukkan ke dalam grafik. Selain itu, penggunaan teks juga
sangat penting untuk memudahkan pengguna atau pembaca memahami maksudnya. Walau
bagaimanapun, penggunaan teks yang terlalu banyak juga akan menjadikan grafik
tidak cantik. |
Kesesuaian |
·
Kesesuaian di
sini membawa maksud sesuatu grafik yang bersesuaian dengan latar tempat, masa
dan sebagainya. Selain itu, setiap bahan dalam grafik mestilah bersesuaian
antara satu sama lain. |
Keseimbangan |
·
Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam grafik. Setiap
grafik perlulah seimbang dengan setiap bahagian atau bentuk grafik atau
bahan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan