Selasa, 6 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3- MUG SHOT

 BBM3410-2021-MINGGU 3- MUG SHOT

RUJUKAN :  Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.  

NOTA : Mug shot merupakan satu teknik bergambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka seseorang itu. Mug shot bertujuan untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci dan mudah untuk dikenali oleh orang ramai. Mug shot biasanya digunakan oleh wartawan untuk menemu bual orang. Walau bagaimanapun, mug shot tidak sesuai digunakan untuk video kerana pergerakan seseorang dalam video tersebut.

MODEL : Norhayati binti Jaafar

1.   EMOSI : GEMBIRA








HURAIAN : Model menunjukkan riak wajah yang gembira. Gambar di atas jelas menunjukkan bahawa model berasa gembira walaupun senyuman model di atas kadang-kadang nampak sedih. Emosi gembira juga boleh dilakukan dengan pelbagai jenis mimik muka.


2. EMOSI : SEDIH








HURAIAN : Model menunjukkan riak wajah sedih. Gambar di atas jelas menunjukkan bahawa model cuba sedaya upaya untuk membuat riak wajah sedih dan menangis walaupun tidak mengeluarkan air mata.


3. EMOSI : TAKUT








HURAIAN : Model menunjukkan riak wajah takut. Model melakukan riak wajah takut dengan cuba memikirkan hal-hal yang menyeramkan. Riak wajah takut juga mempunyai pelbagai jenis seperti takut akan perangai manusia dan takut akan dimarahi oleh ibu bapa.


4. EMOSI : GERAM








HURAIAN : Model menunjukkan riak wajah geram. Riak wajah geram di atas menunjukkan bahawa model sangat geramkan dengan watak-watak yang terdapat dalam drama Korean Penthouse 2.


5. EMOSI : MARAH









HURAIAN : Model menunjukkan riak wajah marah. Gambar di atas jelas menunjukkan bahawa tahap kemarahan seseorang apabila sudah mencapai tahap maksimum.


6. EMOSI : TERKEJUT








HURAIAN :  Model menunjukkan riak wajah terkejut. Riak terkejut juga mempunyai pelbagai maksud antaranya terkejut disebabkan ditegur seseorang yang tidak dikenali dan terkejut melihat sesuatu yang sangat dahsyat berlaku seperti kemalangan. Riak terkejut juga terjadi apabila seseorang itu terkejut melihat kawan lamanya yang sudah glow -up.


7. EMOSI : KETAWA








HURAIAN : Model menunjukkan riak wajah ketawa. Riak ketawa  model di atas mungkin nampak sama sahaja tetapi realitinya sungguh berbeza setiap ketawa tersebut. Reaksi ketawa juga jelas menunjukkan bahawa seseorang sangat gembira sehingga ketawa besar.



BUKU RUJUKAN




5 ulasan:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...