Selasa, 20 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

 

DILEMA PENGEMBARA 



KREDIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

LINK : https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o&t=901s


Assalamualaikum dan hai semua, anyeong yeorobun hehe. Hari ini saya akan berkongsikan satu video dan sedikit perkongsian apa yang telah saya perolehi daripada rancangan Sembang Tamu:Dilema Pengembara. Untuk pengetahuan semua rancangan sembang tamu ini diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi, kali ini Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjemput seorang pensyarah dari Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) iaitu Dr. Siti Nur Aliaa Binti Roslan. Saya sangat kagum dengan beliau kerana telah mengembara sebanyak 21 buah negara di seluruh dunia wahhh… daebak…. Dr. Siti Nur Aliaa juga memberitahu bahawa maksud mengembara bukan hanya mengembara ke luar negara sahaja tetapi mengembara adalah keluar dari tempat ( zon selesa ) contohnya kita tinggal di Johor dan nak keluar ke Kedah ( itu pun Namanya mengembara ).

Beliau telah mula mengembara ke luar negara sejak berumur 16 tahun lagi kerana mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Beliau juga memberitahu pada mulanya beliau juga ‘home sick’ berfikir tiada kawan tetapi lama-lama mula menjadi kebiasaan. Beliau juga memberitahu cabaran yang dihadapinya semasa mengembara seperti bahasa, ‘slang’ yang digunakan dan sebagainya. Beliau juga berkongsi tips iaitu kita perlu belajar juga bahasa walaupun perkara-perkara asas tentang sesebuah negara dan jangan malu bertanya ( nanti sesat jalan ). Apa yang paling saya suka tentang Dr. Siti Nur Aliaa adalah semangat dan keberanian beliau untuk mengembara walaupun seorang diri.

Oleh itu, saya berharap saya juga diberi peluang untuk mengembara ke luar dan dalam negara seperti Dr. Siti Nur Aliaa hehe. Saya doakan semua yang membaca dan diri sendiri agar suatu hari nanti dapat mengembara seperti Dr. Siti Nur Aliaa, amin… oh yaaa negara yang paling saya nak pergi ialah Indonesia dan Korea hehe doakan ya…

Terima kasih, semua. Arigatou…



Kehadiran




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...