Rabu, 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2


RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Rumusan Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

Cerita ini mengisahkan tentang bapa Alim yang membawa pulang buah-buahan yang sangat banyak kepada anak-anaknya. Bapa Alim sangat tahu Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah sangat suka akan buah-buahan tempatan. Bapa Alim membawa pulang buah rambutan, buah durian, buah manggis dan sebaginya. Bapa Alim memberitahu abang Imran bahawa dia membeli buah-buahan ini daripada pasar tani. Kemudian, bapa Alim menyuruh abangg Imran untuk memanggil ahli keluarga yang lain untuk turun makan bersama. Kak Madinah sangat suka sehinga melompat-lompat tanda gembira. Aisyah pula sangat sukakan buah manggis. Ibu Alim meminta anaknya untuk memasukkan sampah ke dalam bakul sampah yang disediakkannya. Anak-anaknya semua faham akan arahan yang diberikan oleh ibu mereka. Alim memberitahu ibunya bahawa dia ingin memberikan buah-buahan ini kepada Sulaiman yang merupakan kawan dan jirannya. Alim masih akan pesan ibu dan bapanya bahawa berkongsi makanan yang kita suka adalah perbuatan yang baik.

Ibu Alim memuji Alim sambal mengasingkan buah-buahan ke dalam palstik. Ibu Alim memberikan buah-buahan kepda Alim untuk diberikan kepada Sulaiman. Alim mengambil plastik tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya. Kemudian, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Setelah sampai ke rumah Sulaiman, Alim memberikan plastic tersbut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Kemudian, Alim terus berlari ke rumahnya sambal tersenyum puas. Alim faham abang dan kakaknya juga akan berkongsi makanan dengannya kerana itu sifat yang sangat baik. Selepas makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah dan ibunya mengemas rumah. Alim membuang sampah dalam bakul sampah ke dalam tong sampah besar di depan rumahnya.

Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibunya Sulaiman yang sedang menyapu di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim  kerana memberikan Sulaiman buah-buahan. Alim membalasnya dengan mengucapkan sama-sama kepada ibu Sulaiman. Alim memberitahu ibu Sulaiman bahawa ibunya berpesan berkongsi itu perbuatan yang baik. Sambung Alim lagi, kita semua mesti baik dengan jiran. Alim anak yang baik, puji Mak Cik Timah kepada Alim. Mak Cik Timah gembira kerana Alim sangat baik dengan Sulaiman Alim sangat suka Sulaiman kerana mereka berkawan. Kemudian, Alim masuk ke dalam rumahnya. Mak cik Timah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada Alim sekeluarga sambil memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke rumah.




Norhayati Jaafar 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...