Rabu, 14 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PENDUA

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


PENDUA

Pendua merupakan gambar yang diambil dengan pantulan dari cermin, air, atau apa sahaja yang boleh memberikan dua imej atau gambar yang sama yang disebut sebagai pendua. Pendua digunakan dalam memberikan gambaran yang abstrak supaya seseorang yang melihat akan melihat kedua-dua gambar tersebut.


PAPAN CERITA PENDUA:



1. CERMIN

GAMBAR 1 :


Model : Azila

Huraian : Gambar di atas diambil di Masjid Al-Hussain sewaktu mengambil wuduk untuk solat tarawih. Gadis di atas sedang melihat pantulan imejnya di cermin dan dapat dilihat juga gadis tersebut sungguh cantik.


GAMBAR 2:


Model : Oyen (kucing)

Huraian : Gambar di atas merupakan gambar pendua pantulan cermin. Gmabar di atas jelas menunjukkan bahawa Oyen menjadi model yang sangat comel walaupun, Oyen sendiri terkejut melihat mukanya.  


2.   AIR

GAMBAR 1:


Huraian : Gambar di atas merupakan salah satu gambar bot atau sampan salah satu penduduk di Kampung Tanah Baru. Gambar pantulan air ini diambil semasa air pasang. Pantulan ini sungguh cantik dan jelas walaupun diambil dengan jarak jauh.


GAMBAR 2:


Huraian : Gambar di atas merupakan gambar pantulan pasu bunga dalam air. Air diletakkan di dalam bekas dan dapat melihat pantulan yang sangat jelas.


3.   BAYANG

GAMBAR 1 :


Huraian : Gambar di atas merupakan gambar pendua bayang-bayang seorang kanak-kanak yang diambil secara random di Taman Permainan Jeti,  Kuala Perlis. Bayang-bayang kanak-kanak tersebut juga sangat jelas .


GAMBAR 2:


 Huraian : Gambar di atas merupakan gambar pendua bayang-bayang yang juga diambil pada waktu yang sama dengan gambar pendua bayang yang pertama. Gambar di atas juga jelas kelihatan  bayang-bayangnya.





Kehadiran



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...