Selasa, 29 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

 Assalamualaikum dan hai semua ✌πŸ’›πŸ’œ

Hai semua, apa khabar? sihat? Saya harap rakan-rakan semua sihat sejahtera ya... Jangan stress InshaAllah suatu hari nanti bumi kita akan kembali sihat. Amin. Hari ini kami telah diminta untuk memposting sesuatu di Instagram iaitu bertemakan 'sepi'. Ha... semua orang pasti pernah mengalami rasa sepi, suasana sepi ( waktu-waktu pkp ni), dan sebagainya kan? Saya pun pernah tetiba duduk seorang diri rasa sepi sangat-sangat dan sunyi. Sebenarnya kan, tema 'sepi' ni tetiba rasa sedih 😒 sebab ini jugak merupakan tugasan terakhir untuk kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Sedihnya. Okay, jomlah tengok screen capture dan  posting daripada saya dan lima orang rakan yang lain okay✌

Ini gambar 'sepi' dari saya, walaupun gambar tu mingkin ada yang cakap eh... macam tak kena ja.. Tapi tidak pada saya , sebab tengok ja gambar PSJ hilang sikit rasa sepi hehe... Dah jangan dok rasa 'sepi' sorang-sorang okehπŸ‘



Mesti ramai yang kenal PSJ kan? saya pun. 

Jom tengok lima posting dari rakan-rakan saya, jom







Baiklah di sini saya ingin mengucapkan terima kasih, kepada semua yang sudi membaca blog saya, mengikut perkembangan yang setiap minggu akan dimuat naik dalam blog sehingga ke penghujung minggu 14. Terima kasih semua. Tidak lupa juga kepada Prof. Dr Normaliza Abd Rahim yang merupakan pensyarah saya untuk BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang tersangatlah daebakπŸ’›πŸ’œ

Akhir sekali 'stay safe and healhty' semua ✌πŸ’›πŸ’œ






Isnin, 28 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU

 RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Assalamualaikum dan Hai semua ✌πŸ’›πŸ’œ

Semua tahu tak apa tu resensi buku? Haa... mesti ada yang tak tahu kan?, samalah dengan saya. Pada mualanya Prof. Dr Normaliza cakap suruh buat resendi buku untuk buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Jadi, saya pun google apa maksud resensi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, resensi merupakan pertimbangan atau pembicaraan mengenai buku dan sebagainya atau juga boleh dipanggil sebagai ulasan buku. Selain itu, untuk bahasa zaman sekarang ni macam mereview buku, ya macam itulah maksudnya. 

Jadi, tugasan video untuk minggu 14 yang juga boleh dikatakan macam video terkahirlah untuk semester kali ini iaitu melakukan satu resensi buku. Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mempunyai 7 bab di dalamnya dan sangat mudah untuk difahami. Jadi, jomlah tengok video yang telah dihasilkan oleh saya.Semoga vodei yang telah dihasilkan dapat memberi manfaat kepada kamu semua. 


Link : https://www.youtube.com/watch?v=OavduWsVFQI&t=7s

Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr Normaliza Abd Rahim di atas segala ilmu yang telah diberikan kepada kami semua. Terima kasih juga kepada pembaca setia saya hihiks yang selalu membaca setiap update blog yang saya lakukan yah.

Ini adalah merupakan blog pertama saya dan akan dikenang selamanya~



Kehadiran Minggu 14

#LoveDiez

#DiezTerbaikDaebakπŸ’›πŸ’œ


BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 

Assalamualaikum dan Hai semua ✌πŸ’›πŸ’œ

Baiklah, untuk pengetahuan semua tugasan minggu 14 adalah kami dikehendaki menghasilkan satu video iaitu video temu bual. Haa... dengar pun woww menariknya. video temu bual kali ini saya telah menjemput seorang tetamu yang sangat teristimewa dan merangkap my bestie gitulah, sebab kami dah berkawan dari tadika lagi sampailah sekarang hihi. Tapi, sebelum tu, mesti semua nak tahu kan? apa itu video temu bual? macam mana nak record video temu bual? 

video temu bual ni dirakam bertujuan untuk temu bual yang formal. kedudukan kamera berada dihadapan orang yang akan ditemu bual dan orang yang bertanyakan soalan berada di sebelah kamera. Selain itu, video temu bual ini juga boleh dilakukan bersama-sama, maksudnya dalam video terdapat orang yang ditemu bual dan individu yang bertanyakan soalan. Haa... semua dah faham kan?

Oh.. ya... tujuan saya menemu bual kawan baik saya sendiri adalah kerana saya hendak kawan baik saya berkongsi dengan saya dan juga semua tentang bagaimana kawan saya tu boleh mengurangkan berat badan dalam tempoh pkp ni. Haa... saya pun nak tahu cara kawan saya tu berdiet hihi. Memang sangat ketaralah berat yang kawan saya dah kurangkan kan dan sekarang semakin cantik, serius wehh.. Eh..  tunggu apa lagi kan? jomlah kita tengok video temu bual yang telah dihasilkan.


Link : https://www.youtube.com/watch?v=HgVXCZII_bo&t=17s


Serius weh, saya pun rasa agak cemburu dengan kawan saya tu (doakan saya juga untuk berjaya menurunkan berat badan yah,) tapi saya sangat banggalah dengan kejayaannya. Baiklah semoga perkongsian yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan semoga berjaya untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan yah. Jangan mudah putus asa, fighthing yeorobun ✌πŸ’›πŸ’œ



Kehadiran Minggu 14

Rabu, 23 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

 Assalamualaikum dan Hai semua. ✌πŸ’œ

Sumpah tak percaya dah masuk minggu 13 dah 😒 cepatnya masa berlalu. Baiklah seperti biasa kami dikehendaki memuat naik posting tapi untuk minggu 13 ni temanya adalah suasana. Haaa... dengar perkataan suasana ni banyak yang terlintas dalam fikiran tentang suasana yang pernah kita lalui. Suasana waktu senja, suasana hujan, bersama keluarga, suasana raya dan susasana sebelum covid-19 yang tersangatlah indah. Walau bagaimanapun, suasana sekarang juga indah walaupun berlainan kan? Jadi, untuk tema suasana ni saya memuat naik gambar suasana sewaktu hujan iaitu pada hari ini di waktu pagi, sangat sejuk dan pastinya berasa malas nak bangun hihi. Tapi saya gagahkan diri untuk mengambil gambar hujan di pagi hari yang sangat lebat dan bertemankan kopi'o' hihi. Okay jomlah tengok posting saya dan rakan-rakan yang lain.


Gambar suasana ( sendiri )



Gambar suasana oleh rakan-rakan dan komen







Terima kasih semua.


BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

 Rancangan Sembang Tamu : Misteri Kopi



Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka


Assalamualaikum dan Hai semua ✌πŸ’›πŸ’œ

Pejam celik, pejam celik sekarang dah minggu 13 dah, cepatnya masa berlalu kan? Saya harap kamu semua sihat hendaknya. Haaa... dah tengok ke belum video yang saya lampirkan dekat atas? Kalau belum tengok, tak pa saya akan ceritakan sedikit ringkasan daripada video Rancangan Sembang Tamu : Misteri Kopi di atas. Wahhhh... sekali imbas tajuk pun lain macam bukan. Tajuk memang lain daripada yang lain tetapi perbincangan ni sangat menarik dan tidak berat, santai-santai jaa... haa gitew. Baiklah, seperti biasa Rancangan Sembang Tamu dalam video di atas di hoskan oleh Encik Rafiq dan tetamunya kali ini untuk membincang tentang topik Misteri Kopi adalah Dr. Siti Nur Aliaa Binti Roslan. Saya sangat suka apabila Dr. Siti Nur Aliaa bercakap rasa tenang jaa dengar. Beliau boleh dikatakan pengemar kopi kerana sangat suka minum kopi. Dr Aliaa Roslan juga memberitahu nama-nama kopi yang beliau suka ( kalau nak tahu tengoklah video tu ye~). Beliau juga menceritakan kedai-kedai kopi yang beliau kunjungi di luar negara seperti Korea dan sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa kedai-kedai kopi di Korea sangat bersih dan kemas walaupun berada di kawasan yang terpencil. Menariknya. Sebenarnya saya bukanlah pengemar kopi, tapi apabila mendengar cerita Dr Aliaa Roslan rasa suka tu tiba-tiba hadir giteww. 


Nama kopi kegemaran saya iaitu kopi'o' cicah dengan biskut hupseng perhhh sedap


Saya jarang pergi kedai kopi jadi yang saya tahu dekat Macdonalds jelah hihi



Inilah ada soalan yang saya tanyakan




Terima kasih semua kerana sudi membaca yah✌πŸ’œπŸ’›

Khamis, 17 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN (INSTAGRAM)

 Assalamualaikum, Hai semua ✌πŸ’›πŸ’œ

Setiap manusia dan kehidupan mempunyai keindahannya yang tersendiri dan tidak ternilai. Setiap apa yang dimiliki sangatlah indah. Oleh itu, minggu ini kami dikehendaki untuk memuat naik satu posting yang bertemakan keindahan. Jadi, setiap apa yang terdapat di muka bumi ini sangatlah apabila dipandang dengan cara yang tersendiri. Jomlah tengok posting saya dan rakan-rakan mengenai keindahan.


Keindahan (Sendiri)


Keindahan dari Rakan-rakan







Yeorobun, indah bukan apa yang dimuat naik oleh saya dan rakan-rakan?


kehadiran Minggu 12




Ahad, 13 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-KISAH SEDIH (FACEBOOK)

Assalamualaikum dan Hai Semua ✌πŸ’›πŸ’œ

Tak semestinya kita nampak seseorang itu ketawa dan tersenyum bermakna dia bahagia dan tidak mempunyai masalah dan berasa sedih, kerana setiap orang mempunyai cerita sedih tersendiri walaupun masih boleh tersenyum. Jadi, tema kali ini adalah kisah sedih yang perlu di muat naik di facebook masing-masing. Jadi, setiap orang pasti akan mempunyai satu atau lebih kisah sedih terjadi yang terjadi dalam hidup mereka. Okay tunggu apa lagi tu ? jomlah tengok dan hayati kiah sedih saya dan rakan-rakan.


Kisah sedih sendiri


Kisah sedih rakan-rakan






ehh  siapa yang tengah potong bawang ni 😒😭

BBM3410-2021-MINGGU 11-ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

Assalamualaikum dan Hai semua yeorobun ✌πŸ’œ

Tugasan minggu 11, cuba teka tema apa ?? Yeahhhh betul, tema kali ini adalah alam semu jadi. Wahhh alam semula jadi. Sebut sahaja alam semula jadi pasti setiap orang akan teringatkan timbuhan hijau, pokok-pokok, gunung-ganang, bukit, air terjun, air bukit dan sebagainya yang berkaitan dengan alam semula jadi. Okay jadi, kami perlu memuat naik satu tweet berbenang dekat twitter. Jadi, jomlah kita tengok hasil tweet saya dan rakan-rakan yang lain.


Tweet Bebenang Sendiri



Tweet Bebenang Rakan-rakan







Menarik bukan ? Sudah semestinya heheh.. rakan-rakan saya memang hebat.


Rabu, 9 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA : REALITI ATAU FANTASI

Drama Korea, Realiti atau Fantasi ?

Assalamualaikum, Anyeong yeorobun ✌πŸ’›πŸ’œ

Lain macam bukan tajuk perkongsian kali ini ? Serius dengar tajuk pun dah gempak. Terbaik arhhhh Prof kami kali ini. Berikut saya akan lampirkan video berserta huraiannya ya... 



link : https://youtu.be/zNx2BjyJmlA

Perkongsian kali ini bersama dengan Prof Dr. Normaliza yang sangat gempak dan hebat. Ini adalah contoh perkongsian yang dapat menarik anak-anak kmuda sekarang untuk menontonnya. Secara automatik teringat balik drama-drama lama yang dah lama tengok habis saja sem ni saya akan marathon kdrama okay, drama lama nak tengok balik. Prof Dr. Normaliza berkongsikan drama-drama yang pernah beliau tonton, berkongsi pendapat, dan secara tidak langsung dapat mengimbau kembali kenangan lama hihiks. Melalui perkongsian ini jugalah saya dapat tahu bahawa Prof Dr. Normaliza juga berminat dengan filem Hindustan cewah~. Drama Korea sememangnya lain daripada yang lain dari segi cara perwatakan pelakon yang memang mantap habis, genre, para pelakon yang hensem dan cantik. Oh ya saya paling suka Park Seo Joon ya... walaupun bukanlah drama Park Seo Joon yang pertama kali saya tengok, saya tetap sukakan PSJ. Jadi wajib tonton ya perkongsian kali ini semua.


                                                              Instagram



Facebook


Twitter





Selasa, 8 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO TRAGEDI-DIEZ

 RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Hai Assalamualaikum semua "Anyeong yeorobun"

Maaflah jarak kedudukan video seram, video fokus terlalu jauh dengan video tragedi ni yaa... maaf. Sebenearnya saya terlupa nak tinggalkan satu post untuk video tragedi, maklumlah manusia sering terlupa. Okay berbalik kepada tujuan saya yang asal. Selepas dah siap video seram, dan video fokus, kami juga telah menyiap satu lagi video jeng jeng jeng. yeayyy kami berjay menyiapkan satu video tragedi. Sumpah untuk scene Anne kena culik tu memang terbaiklah pandai betul Anne berlakon dan terima kasih juga untuk Sandra, Denver dan Musfirah kerana telah membantu dalam menjayakan video kali ini. Terima kasih Diez.

Jomlah kita tengok video yang telah dihasilkan ya...


Link : https://youtu.be/fVwxW5unWiI



kehadiran



Rabu, 2 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)

  Hai, Assalamualaikum Yeorobun...✌πŸ’›πŸ’œ

Tugasan di Twitter, kami dikehendaki untuk tweet di twitter yang bertemakan kesedaran. Setiap tweet yang dimuat naik oleh kami semua sangat bermakna dan semoga dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua ya... Oh ya! seperti biasalah saya ada sediakan screen shot tweet saya dan rakan-rakan. Jomlah tengok...


Tweet Twitter Kesedaran (sendiri)



Tweet Twitter Kesedaran (Rakan-rakan)







Bukti kehadiran




BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)

 Hai, Assalamualaikum Yeorobun...✌πŸ’›πŸ’œ

Pada minggu lepas kami telah memuat naik tema Kesilapan di Instagram, tetapi pada minngu ini kami dikehendaki untuk memuat naik satu caption yang bertemakan perubahan. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan berhak untuk melakukan perubahan untuk menjadikan diri lebih baik. Berikut saya akan sediakan gambar-gambar posting telah dimasukkan oleh saya dan rakan-rakan.

Post Perubahan (Sendiri)


Post rakan-rakan beserta komen






Bukti Kehadiran



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...