Rabu, 28 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 6 - INSTAGRAM

 

Assalamualaikum dan hai semua...✌ . Selain kami dikehendaki tweet dekat twitter. Kami juga perlu memposting satu post dekat Instagram. Kami perlu memposting 1 gambar yang berkaitan dengan 'ketenangan'. Selang 5 hari kami juga perlu memposting satu lagi post berkaitan dengan 'ketenangan' juga. 

Caption yang ditulis oleh rakan-rakan sangat menarik dan dalam pada masa yang sama dapat memberikan kita nasihat tentang ketenangan hati. Oh! ya satu lagi kami juga perlu memberi komen disetiap gambar yang dipost oleh rakan-rakan yang lain.


Posting Pertama : 22 April 2021

Ini posting pertama saya


Dibawah ini saya sertakan posting pertama rakan-rakan saya✌












 Selang 5 hari berikutnya 


Posting Kedua saya dan rakan-rakan

Posting Kedua : 27 April  2021



Dibawah ini posting kawan-kawan✌












Arigatou ✌👍💙

BBM3410 - 2021 - MINGGU 6 - TWITTER

 

Assalamualaikum dan hai semua...✌. Sejujurnya saya tak pernah ada twitter sebelum ni 😅, hurmm maklumlah sebenarnya bukan tak mau buka satu akaun. Cuma saya tak pandai menggunakan twitter . hehe... okay dengan itu saya sangat bersyukur dengan adanya subjek Multimedia dalam Bahasa ni, telah memberikan saya ruang untuk membuka satu akaun twitter. Sebenarnya syok... jugak twitter ni. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi. Oh! ya, banyak jugak benda-benda atau perkara yang viral ada dekat twitter...

Oh! ya, sebelum saya terlupa kami dikehendaki untuk tweet mengenai nilai estetika. Saya yakin mesti ramai yang tak tahu kan apa itu nilai estetika. Okay, dekat bawah saya ada lampirkan 'ss' atau screen capture tweet tersebut. 

Ini adalah tweet pertama saya setelah membuka akaun Twitter pertama sepanjang saya hidup hihi😂💛


Tweet Pertama : 22 April 2021



Seterusnya, saya masukkan 10 tweet oleh rakan-rakan saya yang lain. Seriusss... tweet mereka sangat terbaikk.






Tweet Kedua : 27 April 2021




Dibawah saya letakkan posting kawan-kawan yang lain selepas 5 hari.








Arigatou...💙

















                         



















Rabu, 21 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- NOTA FLATLAY

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang:  Universiti Putra Malaysia.


Hai semua hehe, saya ada paparkan peta minda untuk Flatlay. Jemput baca ya semua untuk tambah pengetahuan hehhe. 💗







Kehadiran

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Kuala Nerus: Universiti Malaysia Terengganu.


Di bawah ini, saya juga ada selitkan nota untuk teori Analisis Wacana ( Fairclough,1995)

- Teori oleh Fairclough menitikberatkan dalam menganalisis data.

- Terbahagi kepada 3 elemen iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis, analisis praktis sosial







Buku Rujukan


BBM3410-2021-MINGGU 5- NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1977)

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Kuala Nerus: Universiti Malaysia Terengganu.


Di bawah ini, saya selitkan nota untuk teori Analisis Wacana ( VanDijk, 1977 )

- Membahagikan analisis wacana kepada beberapa eleman iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran.

- Setiap elemen ada huraian yang perlu dianalisis.






Buku Rujukan

BBM3410-2021- MINGGU 5- FLATLAY

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Hai Assalamualaikum semua, yeorobun semoga sihat sahaja hendaknya … Minggu kelima kuliah kalini kami telah mempelajari satu lagi asas fotografi iaitu Teknik Flatlay. Sebelum ni takt ahu pulak terdapat banyak asas-asas fotografi yang ada dan boleh dipelajari oleh kita semua. Oh ya… hurmmm apa maksud flatlay ya?

Flatlay merupakan cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Teknik flatlay menjadikan gambar yang diambil lebih cantik dan menarik perhatian. Oh ya… Teknik flatlay ni selalu digunakan oleh peniaga-peniaga online untuk mempromosikan barang mereka. Oh sebelum saya terlupa Teknik flatlay pula terbahagi kepada 4 jenis iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay . wow….

1. Flatlay merupakan Teknik fotografi yang kedudukan kameranya berada pada 90°dari barang. Gambar atau foto diambil dari atas barang. Teknik inilah yang selalu digunakan untuk mengambil gambar barang atau makanan. Gambar yang diambil akan lebih berstyle.

2. Half Flatlay  pula, kedudukan kamera 45° dari barang atau item. Gambar kelihatan diambil dari sisi atas. Teknik ini juga selalu digunakan yah…

3. Quarter Flatlay pula, kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5° daripada barang atau item. Kamera perlu lebih rendah daripada Teknik half flatlay tadi.

4. Zero Flatlaykedudukan kamera adalah 0° atau kamera betul-betul diletakkan di atas meja atau lantai. Teknik ini sesuai untuk gambar barang atau item.



Tapi jangan risau semua yah... sekiranya masih kurang jelas lagi saya sertakan juga video yang telah saya hasilkan dengan menggunakan teknik- teknik flatlay tersebut. Oh ya... gambar tersebut saya sendiri yang ambil yaa... hehe. Selamat menikmati video saya yaa... dan semoga bermanfaat kepada semua.



Link : https://www.youtube.com/watch?v=iHP8t8VwaD0


Untuk pengetahuan semua, video di atas telah saya bahagikan kepada empat bahagian iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Jumlah setiap satu flatlay adalah 10 iaitu 5 makanan dan 5 barang, hurmm… campur semua 40 gambar perhhh…. Banyak betul hehe… Saya harap video yang saya hasilkan dapat membantu semua… Oh ya! Happy iftar semua dan perbanyakan amalan di bulan yang mulia ini . Amin

 

Arigatou…






Bukti kehadiran


1.  

Selasa, 20 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

 

DILEMA PENGEMBARA 



KREDIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

LINK : https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o&t=901s


Assalamualaikum dan hai semua, anyeong yeorobun hehe. Hari ini saya akan berkongsikan satu video dan sedikit perkongsian apa yang telah saya perolehi daripada rancangan Sembang Tamu:Dilema Pengembara. Untuk pengetahuan semua rancangan sembang tamu ini diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi, kali ini Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjemput seorang pensyarah dari Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) iaitu Dr. Siti Nur Aliaa Binti Roslan. Saya sangat kagum dengan beliau kerana telah mengembara sebanyak 21 buah negara di seluruh dunia wahhh… daebak…. Dr. Siti Nur Aliaa juga memberitahu bahawa maksud mengembara bukan hanya mengembara ke luar negara sahaja tetapi mengembara adalah keluar dari tempat ( zon selesa ) contohnya kita tinggal di Johor dan nak keluar ke Kedah ( itu pun Namanya mengembara ).

Beliau telah mula mengembara ke luar negara sejak berumur 16 tahun lagi kerana mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Beliau juga memberitahu pada mulanya beliau juga ‘home sick’ berfikir tiada kawan tetapi lama-lama mula menjadi kebiasaan. Beliau juga memberitahu cabaran yang dihadapinya semasa mengembara seperti bahasa, ‘slang’ yang digunakan dan sebagainya. Beliau juga berkongsi tips iaitu kita perlu belajar juga bahasa walaupun perkara-perkara asas tentang sesebuah negara dan jangan malu bertanya ( nanti sesat jalan ). Apa yang paling saya suka tentang Dr. Siti Nur Aliaa adalah semangat dan keberanian beliau untuk mengembara walaupun seorang diri.

Oleh itu, saya berharap saya juga diberi peluang untuk mengembara ke luar dan dalam negara seperti Dr. Siti Nur Aliaa hehe. Saya doakan semua yang membaca dan diri sendiri agar suatu hari nanti dapat mengembara seperti Dr. Siti Nur Aliaa, amin… oh yaaa negara yang paling saya nak pergi ialah Indonesia dan Korea hehe doakan ya…

Terima kasih, semua. Arigatou…



Kehadiran




SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...