Khamis, 27 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

Assalamualaikum dan Hai semua ✌💛💜

Selain memuat naik pantun di Facebook, kami juga perlu memuat naik caption di Instagram yang bertajuk 'Kesilapan'. Ha... setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan bukan? Tak kiralah sama ada dalam persahabatan, kekeluargaan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, setiap kesilapan yang dilakukan wajar diberikan peluang kedua untuk seseorang itu membetulkan kesilapan yang dilakukan. Jadi, jangan selalu mengecam sekiranya seseorang itu telah melakukan kesilapan.

Seperti biasa saya akan lampirkan posting yang telah saya muat naik dalam Instagram ya...



Kata-kata yang dipetik daripada kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad sangat mendalam maknanya...
Berikut saya lampirkan komen saya terhadap posting rakan-rakan yang lain.








Sebenarnya dekat sini saya nak cakap, semua kawan-kawan saya sangat cantik yaaa....

Baiklah, Terima kasih kerana sudi membaca! 💛💜

kehadiran


BBM3410-2021- MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

Hai Assalamualaikum.
Baiklah minggu ini kami diberi tugasan untuk memberikan serangkap pantun dan post di Facebook. wahhh... menarik gila yang tidak pandai reka pantun sebelum ni pun jadi pandai ~ce wah...~. Selain memuat naik pantun, kami juga perlu berbalas pantun dengan rakan-rakan. Sumpah berbalas pantun sangatlah seronok dan besttttt gila....

Jadi, disini saya akan meletakkan gambar yang telah screenshot yaa....

Dibawah ni post saya sendiri. Pantun ni mungkin macam dah biasa nampak, tapi saya reka sendiri tau~



Macam mana? dah biasa dengarkan pantun yang bertemakan ibu bapa kan?. Baiklah berikut saya lampirkan pantun-pantun daripada rakan-rakan saya dan pastun yang dibalas oleh saya #SisCubaTryTest







Macam mana menarik bukan? Pantun-pantun yang diberikan oleh rakan-rakan sangat menarik, hebat dan terbaiklah. Tak sangka kami mempunyai bakat daalm berpantun yaaa... bukan beshe-beshe.

Terima kasih.



Kehadiran Minggu 9


Ahad, 23 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- ONE SHOT-DIEZ

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum dan hai semua ✌

Baiklah pada minggu ini kami diberikan tugasan, jeng jeng jeng tugasan kalini kami dikehendaki membuat video one shot. Yang menariknya lagi kami perlu melakukan one shot dengan menggunakan lagu-lagu Melayu. Lagu korea tak boleh ya...

Baiklah sebelum tu, apa maksud video one shot ya?
Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video, tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot pula terbahagi kepada 3 iaitu :

1. One shot one layer ( satu lapisan sahaja contohnya penyanyi sahaja tanpa ada lakonan tambahan )
2. One shot two layer ( mempunyai dua lapisan iaitu seorang penyanyi dan mempunyai lakonan )
3. One shot three layer ( mempunyai tiga lapisan iaitu penyanyi, lakonan dan lapisan pergerakan )

Ha... mesti semua dah tak senang duduk kan nak tengok video yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami iaitu Diez yang sangat terbaikkk lahh...

Berikut saya lampirkan video yang telah dihasilkan 

1. One Shot One Layer



Link : https://www.youtube.com/watch?v=xV_hjWk5anQ

Kami telah membahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan 1 iaitu Adreana, Hidayah dan Hayati telah menghasilkan video one shot one layer. Menarik bukan. seriuss... terbaik. Lagu ni sesuai sangatlah digunakan waktu-waktu sendu hehe... 

Okay... jom tengok video seterusnya 

2. One Shot Two Layer



Link : https://www.youtube.com/watch?v=BbloRVbeFRc 

Kumpulan 2 iaitu Akma, Anis dan Hapizah. Ingatkan Nabila Razali yang betul-betul dalam video. Sangat menarik video yang telah dihasilkan ni, daebak... Macam Akma yang betul-betul nyanyi lagu Peluang Kedua ni. 

Dan yang terakhir ni lah yang paling power, gempak dan daebak, daebak daebaklah 

3. One Shot Three Layer



Link : https://www.youtube.com/watch?v=mkdlxJe_hkA

Macam mana hebat bukan ?. Video ini dihasilkan oleh kumpulan 3 iaitu Alin, Afiah, Vivian dan Adilla. Terbaiklah. Pemilian lagu sangatlah menarik perhatian. 

Baiklah itu sahaja tugasan video minggu ini. Kumpulan Diez terbaiklah....✌💛

Hot like summer
Yeah, I'm makin' you sweat like that
Break it down

( eh... tiber lagu BUTTER ~BTS~💛💜  yang keluar ) itulah tandanya kumpulan Diez sangat hott...





Rabu, 19 Mei 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 8 - STRATEGI KOMUNIKASI

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Kuala Nerus: Universiti Malaysia Terengganu.


Hai! Assalamualaikum. Baiklah, harini saya nak kongsikan kepada pembaca blog saya tentang Strategi Komunikasi. Harap-harap sedikit sebanyak dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan ya... ✌

Sebelum tu, saya lampirkan nota ringkas yang telah disiapkan berkaitan dengan strategi komunikasi.






Gambar di atas merupakan nota peta minda untuk bab 4 iaitu strategi komunikasi. Strategi komunikasi ini sangat penting untuk diaplikasikan oleh semua orang atau masyarakat semasa berkomunikasi. Oleh itu, setiap kali hendak berkomunikasi perlulah memikirkan strateginya dahulu supaya mesej atau apa-apa sahaja yang hendak disampaikan itu sampai dengan betul dan jelas kepada pendengar. Hal ini juga penting untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham semasa berkomunikasi.

Baiklah itu sahaja untuk harini !!. Bye✌







Bukti kehadiran

Ahad, 16 Mei 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 7 - VLOG HARI RAYA - DIEZ

Assalamualaikum .... Hai semua ✌✌. 

Okay pejam celik, pejam celik sudah sebulan kita berpuasa di bulan yang mulia dan menyambut syawal. Oh ya sebelum tu, selamat hari raya semua... walaupun dah 2 kali kita raya dalam suasana PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan. Kita semua tak dapat balik kampung, melawat sanak-saudara dan sebagainya ~sedih 😔. Kita raya PKP walaupun sederhana ja... kenikmatan dan kemeriahan syawal masih dirasai oleh semua umat Islam. 

Oh ya... tugasan minggu ni ialah kami dikehendaki menghasilkan atau melakukan sebuah video dokumetari pada hari raya. Serius menarik!!. Video yang telah dihasilkan ini sangat menarik dan kita dapat melihat suasana hari raya yang berbeza dan mengikut SOP~ ini penting~

Berikut saya lampirkan video yang telah dihasilkan oleh kumpulan yang sangat TERBOEKKKKKK iaitu Diez 💛✌

Jangan lupa like yee kawan-kawanku sekalian



Link : https://www.youtube.com/watch?v=Hgx4y4Vj-D4&t=364s





kehadiran minggu 7


Terima kasih, arigatou semua ...

BBM3410 - 2021 - MINGGU 8 - VIDEO SETEMPAT

 RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum .... Hai semua ✌✌. 

Selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin ya 0-0.

Okay, selain daripada video dokumentari yang perlu dihasilkan, kami juga perlu menghasilkan satu video setempat~ ya... individu ~. Untuk pengetahuan semua video setempat ialah video yang dirakam oleh seseorang individu yang memegang sendiri camera dan dalam keadaan setempat tidak bergerak-gerak~camera sahaja bergerak ya...~ Yang paling penting jari mesti nampak dalam video tersebut.

video yang telah dihasilkan ini adalah secara random sahaja ~uyoo...~ Dengan yakin ya... saya sebut semua nama kuih-kuih raya hahaha... Selain itu, saya mendapat ilham untuk membuat video setempat ini sewaktu sedang makan kuih raya dan pada masa itu saya teringat waktu ini sangat sesuai untuk membuat video setempat. Jadi, inilah hasilnya tadaaaa... Tanpa berfikit panjang terus saya rakam video ni. Allhamdulillah jadi jugak ya... 

Oh ya... tengoklah video yang telah dihasilkan oleh saya. Jangan lupa like ya...



Link: https://www.youtube.com/watch?v=6G1v0Is2U5c&t=1s

Selamat menonton ya...



Bukti kehadiran

Ahad, 2 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-DIEZ

 

SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum dan hai semua... Jadi, untuk tugasan minggu ke-6 kami dikehendaki untuk mengambil gambar 20 simpulan bahasa secara berkumpulan dan semestinya tidak boleh sama dengan kumpulan yang lain ya... . Paling hebat dan menarik ialah kami dikehendaki untuk tidak meletakkan makna simpulan bahasa tersebut, biarlah penonton yang meneka makna simpulan bahasa tersebut melalui gambar yang diambil. 

Oh! ya... dekat bawah saya sertakan video dan link youtube video yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami iaitu kumpulan Diez✌.Saya harap video yang telah dihasilkan dapat memberikan manfaat kepada semua yang telah menontonya. Oh! ya... silalah komen ya dekat ruangan komen di youtube tersebut .





Link : https://www.youtube.com/watch?v=u3uZSHdLKH4


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...