Rabu, 31 Mac 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 ELEMEN ASAS GRAFIK


Terdapat lima jenis elemen asas grafik iaitu:

 

Elemen

 

 

Huraian

 

Mudah  

 

 

      ·         Elemen mudah ini bermaksud gambar atau grafik tersebut jelas dan mudah difahami oleh seseorang. Gambar mudah juga hanya memfokuskan kepada satu benda sahaja dan sangat ringkas.

      ·         Contohnya : Gambar seekor kucing sedang tidur dan apabila seseorang melihat gambar tersebut akan mudah memahami gambar tersebut hanya memfokuskan kepada kucing sahaja.

 

 

Warna

 

 

      ·         Pemilihan warna yang sesuai dengan tema grafik akan mencantikkan lagi grafik. Pemilihan warna terhadap grafik tidak sepatutnya lebih daripada tiga warna.

 

 

Teks

 

 

      ·         Teks adalah dari jenis dan saiz font yang dipilih dan dimasukkan ke dalam grafik. Selain itu, penggunaan teks juga sangat penting untuk memudahkan pengguna atau pembaca memahami maksudnya. Walau bagaimanapun, penggunaan teks yang terlalu banyak juga akan menjadikan grafik tidak cantik.

 

 

Kesesuaian

 

 

      ·         Kesesuaian di sini membawa maksud sesuatu grafik yang bersesuaian dengan latar tempat, masa dan sebagainya. Selain itu, setiap bahan dalam grafik mestilah bersesuaian antara satu sama lain.

 

 

Keseimbangan

 

 

      ·         Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam grafik. Setiap grafik perlulah seimbang dengan setiap bahagian atau bentuk grafik atau bahan.

 

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang Selangor.




BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

 

 

 

 

 

 

PRA-ANDAIAN

 

 

      1.    Intuisi

      2.    Konteks

- Penerimaan/Penafian

- Keperluan

- Perujukan

- Anafora

- Pengulangan

 Kekaburan

- Penegasan

 

 

Huraian :

    

  Pra-andaian merupakan perkara pertama yang digunakan sebelum permulaan garis hujah atau Tindakan. Pra-andaian mempunyai dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi adalah kemampuan memahami sesuatu benda tanpa melalui pemikiran rasional. Konteks pula dari segi penerimaan/penafian, keperluan, anafora dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

EMOSI

 

 

     1.    Positif

     2.    Negatif

     3.    Emosi Bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

 

Huraian :

 

  Emosi merupakan perasaan yang muncul dalam diri seseorang disebabkan rangsangan. Emosi terbahagi kepada dua iaitu emosi positif, negatif dan bercampur. Emosi juga dapat ditunjukkan melalui perangai, personaliti, mood dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

NILAI

DAN

BUDAYA

 

 

       1.    Diri

       2.    Masyarakat

       3.    Adat

           ·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih saying, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

        ·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

        ·         Hormat menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat

       ·         keadilan, kebebasan,rasional


 

Huraian :

 

   Nilai dan budaya dinilai dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai ini juga terkandung dalam falsafah Pendidikan negara. Antara nilai dan budaya ialah seperti jujur, ikhlas, berdikari, kesantunan, hormat mengormati, semangat bermasyarakat dan keadilan. Nilai dan budaya sangat penting dalam diri, masyarakat dan adat.

 





BAHASA

 

 

      1.    Bahasa pertama/kedua/ketiga

      2.    Formal/tidak formal

      3.    Kesalahan bahasa

      4.    Linguistik

 

 

Huraian :

 

  Bahasa merujuk kepada bahasa pertama, kedua, ketiaga atau lain-lain. Bahasa terbahagi kepada bahasa formal dan tidak formal. Kesalahan bahasa penting untuk dianalisis supaya Nampak lebih kritis. Aspek linguistic juga dianalisis supaya huaraian lebih tepat dan jelas.

 

 





INFERENS

 

 

      1.    Rumusan keseluruhan

      2.    Rumusan topik perbincangan

      3.    Penutup kata

 

 

Huaraian :

 

  Inferens merupakan penerangan berdasarkan pemerhatian. Terdapat tiga inferens iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik, perbincangan dan penutup kata. Setiap analisis dibincangkan supaya ujaran dan tulisan lebih lengkap dan jelas. Oleh itu, inferens sangat penting untuk analisis wacana.

 

 RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Norhayati Jaafar 203007




Rabu, 24 Mac 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

CERITA SOSIAL 1 : NENEK DAN DATUK

 

 

WATAK  

 

       1.  Alim

       2.    Nenek dan Datuk

       3.    Ibu dan Bapa Alim

       4.    Abang Imran

       5.    Kak  Madinah

       6.    Aisyah

 

 

LATAR TEMPAT

 

       1.    Di kampung

·         Hari ini Alim dan keluarga pulang ke kampung.

       2.    Di reban

·         Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tiada di dalam reban.

       3.    Dalam rumah nenek dan datuk

·         Abang Imran dan Kak Madinah juga mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk.

      4.    Dalam kereta

·         Aisyah sibuk mencari permainan yang tertingal di celah-celah kerusi di dalam kereta.

      5.    Di ruang tamu

·         Alim duduk di ruang tamu sambal menonton televisyen Bersama abang Imran dan kak Madinah.

 

 

LATAR MASA

 

      1.    30 mini perjalanan

·         Setelah 30 mini perjalanan, mereka pun sampai.

 

 

LATAR

MASYARAKAT

 

       1.    Masyarakat yang penyanyang.

·         Alim sangat sayangkan haiwan seperti ayam dan itik di rumah nenek dan datuk.

       2.    Masyarakat yang prihatin

·         Ibu dan bapa serta nenek dan datuk Alim sedih melihat kelakuan Alim hari ini yang suka menangis.

       3.    Masyarakat kampung

·         Nenek dan datuk Alim membela ayam dan itik.

 

 

EMOSI POSITIF

 

       1.    Alim tersenyum

       2.    Nenek memujuk Alim

        3.    Alim berhenti menangis

        4.    Alim ketawa Bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah

 

 

EMOSI NEGATIF

 

       1.    Alim menangis

       2.    Alim marah

       3.    Alim sedih

       4.    Alim sangkakan rumah nenek dan datuk sudah tiada



 Rujukan 

Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.



Norhayati Binti Jaafar 203007




 

BBM3410-2021-MINGGU 1A

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, saya doakan anda semua sihat sejahtera. Pertama sekali izinkan saya untuk memperkenalkan diri. Nama saya Norhayati binti Jaafar bernombor matrik 203007. Untuk pengetahuan semua saya merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dalam jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Tahun ini saya berusia 22 tahun emm.. muda lagi hihi.

Saya dilahirkan di Terengganu tetapi dibesarkan di Perlis. Jadi, saya memang anak jati Perlis. Saya merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik. Saya juga seorang pelajar yang beshe-beshe (biasa-biasa) sahaja dari sekolah rendah sampailah di Universiti. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang pendidik tapi insha Allah, dengan izin Allah suatu hari nanti. Saya juga seperti remaja-remaja dan anak muda yang lain yang sangat meminati K-pop dan Kdrama ( Korean Drama ) hihi. Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan sahabat yang sangat baik. Ini paling penting, saya sangat sayangkan ahli keluarga saya walaupun saya tidak menunjukkan sikap sayang saya terhadap mereka hihi.

Oh! ya... ini adalah blog pertama saya. Saya sangat teruja kerana ini adalah post pertama saya walaupun sudah berumur 22 tahun ( masih belum terlambat ). Alhamdulillah.

Terima kasih kerana sudi membaca. Arigatou semua.


Norhayati Jaafar 203007




SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA 7...